أشهد أن لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ و أشهد أن مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ

Saturday, November 12, 2011

c.i.n.t.a = LOVE ?

hati aku keras lor
akutak tau aper itu cinta atau dusta
so,
korang layan jer la yer


Mungkin ini istilah "cinta" ataupun conection relation ?


1
Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving).

2
Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya. ( Ape lagi, ciumlah isteri anda atau sekadar pelukan manja pun ok)

3 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya cinta pandang pertama kot)

4 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen. ( Nampaknya kaum hawa memandang serius terhadap kata-kata cinta)

5 Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila :)

6 Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)

7 Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati. (Teori matematik je pon, sukati andalah nak ikut ke tak)

8 Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka.

jangan minum berdiri

ske hati korang la kalo nk minum sendiri2 xmo kongsi2


Islam sangat lengkap menetapkan aspek kehidupan manusia, termasuk dalam cara makan. Mencuci tangan sebelum makan, makan dengan tangan kanan, tidak makan sampai kekenyangan, dan tidak makan sambil berdiri-adalah beberapa adab yang sudah dikenali dalam Islam. Namun ternyata, sebenarnya larangan untuk makan sambil berdiri ini juga mempunyai hikmah dan rahsia perubatan tersendiri.

Orang tua sering melarang kita makan dan minum sambil berdiri.Mungkin kedengarannya seperti nasihat biasa saja, tapi ternyata hal itu ada benarnya dan boleh dibuktikan dari segi agama mahupun kesihatan. Mau tahu?
Suatu kajian kesihatan akupuntur yang diadakan salah satu ahli akupuntur, membuktikan bahawa air minum yang masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik berbanding kita minum dengan cara berdiri.
Air putih yang kita minum ketika duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh lewat) dan menutup.Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada pos-pos penapisan yang berada di buah pinggang.Sebaliknya, jika kita minum air putih dengan cara berdiri, maka air yang kita minum itu masuk tanpa ditapis lagi. Air itu boleh terus menuju ke pundi kencing. Ketika terus menuju ke pundi kencing, maka terjadi pengendapan di saluran ureter.

Kerana banyak sisa-sisa yang menyisa di ureter maka hal ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit buah pinggang yang berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya.
Selain itu, minum sambil berdiri tidak akan menyegarkan tubuh kita secara optimum dan air yang diserap akan cepat turun ke organ tubuh bahagian bawah. Sehingga air tersebut tidak boleh tersebar ke seluruh oragan tubuh yang lain kerana tidak sempat terpompa oleh jantung. 

Padahal seperti yang kita ketahui, 80% lebih dari tubuh kita terdiri daripada air!Adapun apabila kita makan sambil berdiri, maka akan terjadi reflux asid perut. Dengan kata lain, asid perut akan naik ke saluran esofagus dan membuat sel-sel kerongkong teriritasi.Kerengsaan sel kerongkong ini kerana pH asid perut yang sangat asam (pH 1 - 2.5) dan kadang bertanda dengan gejala panas terbakar yang menyesak di dada (disebut sebagai "heartburn"). Bila kita tetap degil membiasakan makan atau minum sambil berdiri dalam jangka masa panjang, kerengsaan sel-sel kerongkong ini akan berakumulasi dan menyebabkan kanser saluran esofagus. Cara mencegah reflux asid perut ini adalah dengan makan sambil duduk.


Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata: "Bagaimana dengan makan?" beliau menjawab: "Itu kebih buruk lagi". (HR.Muslim dan Turmidzi)