أشهد أن لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ و أشهد أن مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ

Friday, June 11, 2010

Cara mengelakkan semut

korang kenal semut?

mustahil kalo xkenalkan?
camner nak ngalau ?
Dapur dan tanaman adalah antara tempat yang selalu menjadi tumpuan semut. 
Selain daripada menggunakan racun serangga, anda juga boleh menggunakan air sabun yang dicampurkan dengan kisaran cili dan bawang putih sebagai racun semut. 
Masukkan campuran ini ke dalam penyembur air. Cara ini lebih selamat, ekonomi dan mesra alam. 
Untuk lebih jimat, gunakan air sabun yang telah digunakan untuk membasuh baju.
hehehe

peace!
green world  "_"

Thursday, June 3, 2010

Rahsia Melalui Tulisan

tak pasti ler aku betul ker tak
hehehe
tapi tu tips dari Dr Fadzilah Kamsah
pe katanya dan macam mana?

Pertama : Tekanan
 
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


So : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

tapi skrang smua sent pakai email 
erm.. susah skit huhu


Lelaki Menangis Dalam Percintaan?


adakah lelaki menangis?
memang la
tapi berbaloi ker dan kenapa?




Lelaki menangis bukan bererti lelaki adalah lembut atau lemah.

tetapi lelaki akan menangis dalam percintaan kerana :-

- Si lelaki dianggap tidak wujud oleh wanita kesayangannya.

- Si lelaki melihat wanita kesayangannya bermesraan, curang, berpelukan dengan lelaki lain.

- Si lelaki tidak dapat membahagiakan wanita yang di sayangi.

- Si lelaki mendapat tahu si wanita kesayangannya berpura-pura mencintai dia.

- Wanita yang disayanginya tidak mencintainyanya secara ikhlas dan sepenuh hati, tetapi sekadar menggunakannya.

- Si lelaki tidak dapat membantu wanita kesayangannya apabila wanita tersebut benar-benar mahukan pertolongan.

- Si lelaki berasa dipergunakan oleh wanita kesayangannya.



- Si lelaki melihat wanita kesayangannya sakit, bersedih dan menangis.

- Si lelaki merasakan wanita kesayangannya bukan miliknya tetapi untuk lelaki yang lebih baik sempurna darinya.

- Si lelaki ditinggalkan oleh wanita yang dicintainya.


erm.... betul ker?
ntah ler aku !