ni pun diceduk dari blog lain
Ia merupakan satu penemuan yang hebat bagi memudahkan pembaca Al-Quran mencari muka surat permulaan mana-mana Juzuk. Ini adalah kerana di bahagian Kandungan Al-Quran, hanya diletakkan muka surat permulaan sesuatu Surah.
Formula ini boleh digunakan bagi Al-Quran Rasm Uthmani yang standard, sama ada Mushaf Al-Madinah An-Nabawiyyah, Arab Saudi atau Mushaf Tajwid cetakan Darul Ma'rifah, Syria, sama ada berbentuk cetakan kertas atau program/Al-Quran Flash.
Berikut adalah formulanya:Contoh 1:
Untuk mencari Juzuk 18:
18 - 1 = 17
17 x 2 = 34
Kemudian,tambah angka 2 di hujung nombor 34 tadi, menjadi 342. Jadi, permulaan Juzuk 18 adalah pada muka surat 342.
Contoh 2:
Untuk mencari Juzuk 9:
9 - 1 = 8
8 x 2 = 16
Kemudian, tambah angka 2 di hujung nombor 16 tadi, menjadi 162. Jadi, permulaan Juzuk 9 adalah pada muka surat 162.
sharing by http://mendidik.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment