أشهد أن لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ و أشهد أن مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ

Showing posts with label fikir. Show all posts
Showing posts with label fikir. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Jangan cepat membatak

Ajoi sedang memandu kereta, ketika santai menikmati pemandangan yang indah, tiba-tiba Sumardi yang sedang memandu dari arah bertentangan membuka tingkap dan menjerit dengan kuat “Babi!”

Ajoi pun bengang, dia juga membuka tingkap dan memaki, “Lu yang ****!” Baru saja selesai memaki, dia telah melanggar sekumpulan **** yang sedang menyeberangi jalan.

Moral of the sotory – Jangan cepat memberi salah tafsir maksud kebaikan dari orang lain, perkara tersebut akan menyebabkan kita yang rugi dan juga membuat orang lain terhina.


*pasal nama watak aku dop hau nok letok mende ekpun
sesapa nk sponser nama yer xper jgop

Cakap dan fikir

Sebuah bas yang penuh dengan muatan penumpang sedang laju menurun di jalan yang curam, ada seseorang lelaki yang mengejar bas ini dari belakang. Ajoi di dalam bas tersebut mengeluarkan kepala keluar dari tingkap bas dan berkata kepada orang yang mengejar bus.. “Weiii bro…! Sudahlah, lu tidak mungkin dapat mengejar bas ni!” Orang tersebut menjawab, “Saya harus mengejarnya . . .” Dengan nafas tersekat-sekat dia berkata, “Saya adalah pemandu bus ini!”

Moral of the story – Ada orang lain yang selalu memandang rendah apa yang orang lain lakukan yang kelihatan ***** tetapi sebenarnya dia sedang mencuba melakukan sesuatu terbaik kerana yang jika tidak , maka akibatnya akan sangat tragik!