أشهد أن لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ و أشهد أن مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ

Monday, February 13, 2012

Cakap dan pandang-pandang

Selepas makan, si isteri dan anak perempuannya bersama-sama membasuh pinggan di dapur, manakala si suami dan anak lelakinya sedang menonton TV di ruang tamu. Tiba-tiba, terdengar bunyi pinggan pecah dari arah dapur, kemudian senyap.  Si suami  melihat anak lelakinya dan berkata, “Pasti ibu yang memecahkan pinggan itu.” “Bagaimana ayah tahu?” tanya anaknya. “Kerana tidak dengar suara dia memarahi orang lain” jawab si suami.

Moral of the story – Kita semua sudah biasa menggunakan standard yang berbeza melihat orang lain dan memandang diri sendiri. Sehingga kita selalu menuntut orang lain membuat sesuatu dengan serius, tetapi penuh toleransi jika terkena diri sendiri.

No comments:

Post a Comment