Atasi Gementar Ketika Berucap
Perasaan gementar adalah perkara biasa bagi anda yang jarang memberikan ucapan di khalayak ramai. Ini menunjukkan anda seorang yang mahu melakukan yang terbaik. Walau bagaimanapun, perasaan gementar yang keterlaluan tidak akan membantu anda untuk maju kerana pihak atasan gagal melihat kebolehan anda berucap. Berikut adalah cara sesuai untuk anda mengawal perasaan gementar dan menjadikan ucapan anda lebih berkesan dan sukar dilupakan.
1. Biasakan diri dengan ruang atau tempat berhujah
Bagi membiasakan diri, datang awal ke tempat tersebut dan berlegar-legar di tempat sepatutnya anda akan berdiri dan memberi ucapan. Sekiranya kemudahan tersedia seperti pembesar suara, tiada salahnya anda mencuba kelantangan suara anda.
2. Kenal pasti penonton
Ucapkan salam kepada tetamu yang tiba. Berbual mesra dengan mereka sebelum anda diminta berucap bagi membiasakan diri. Apabila anda sudah kenal mesra, perasaan gementar akan beransur berkurangan apabila anda berdiri di hadapan mereka nanti.
3. Fahami isu yang akan diucap atau dibentangkan
Sekiranya anda tidak biasa atau kurang selesa dengan isu anda, perasaan gementar akan bertambah. Oleh yang demikian, buat latihan berucap sebelum tiba waktunya.
4. Bersantai
Jangan terlalu memikirkan bagaimana persembahan anda nanti. Jika tidak, anda hanya akan memberi tekanan pada diri sendiri. Apabila ini berlaku badan anda tidak mendapat rehat yang secukupnya.
5. Bayangkan diri anda sedang berucap
Bayangkan anda sedang memberi ucapan dengan nada suara yang jelas, kuat dan meyakinkan. Apabila anda membayangkan kejayaan anda berucap, anda akan lebih bersemangat dan pastinya akan berjaya. Insya Allah.
6. Yakini diri bahawa orang lain mahu anda berjaya menyampaikan ucapan
Penonton biasanya mahukan sesuatu yang baru, bermaklumat, menarik dan menghiburkan ketika mendengar ucapan. Sekiranya ucapan anda mempunyai kriteria ini, pastinya anda akan berjaya.
7. Jangan memohon maaf
Sekiranya anda menyatakan kegementaran atau memohon maaf kepada apa sahaja kesilapan yang anda lakukan sepanjang berucap, anda hanya akan membuatkan penonton mengimbas kembali dan cuba mengenal pasti di manakah kesilapan tersebut. Jangan sekali-kali melakukan perkara ini.
8. Tumpukan perhatian kepada isu utama
Fokuskan perhatian anda kepada isu utama bukan perkara-perkara yang remeh. Pastikan anda memberi penekanan yang jelas terhadap perkara tersebut.
9. Tukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif
Kekuatan dalaman akan menukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif dengan cara memberi perangsang kepada diri bahawa anda boleh melakukannya.
10. Kutip pengalaman
Pengalaman lama membina keyakinan diri dan ini adalah kunci kejayaan anda semasa memberi ucapan. Apa yang paling utama anda digalakkan membaca doa bagi menghilangkan perasaan gementar.
entri yang bagus! :)
ReplyDeletenormal tu..
ReplyDeletememang mati kutu bila ckp kt dpn..
~ http://improveslife.blogspot.com/