أشهد أن لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ و أشهد أن مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ

Tuesday, April 20, 2010

kata- kata......... ~

orang kata ni kata-kata mutiara
tapi pernahkah korang mendengar
mutiara berkata-kata?
erm....
ntah lor
pepun
sesajer nak share
sebab aku tak terkata pun



- Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah

- Mimpi itu adalah perlu dalam hidup

- Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.

- Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.

- Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.

- Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.

- Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.

- Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.

- Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.

- Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

- Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

- Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya.

- Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.

- Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.

- Seorang manusia yang hebat tidak akan merungut terhadap peluang.

- Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca.

- Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.

- Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia.

- Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai.

- Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal. 
- Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

- Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.

- Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

- Orang miskin memakan makanan yang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.

- Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

- Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

- Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

- Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.

- Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.

- Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

- Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.

- Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari.

- Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.

- Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupan sekaligus.

- Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki.

- Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

- Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

- Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai.

- Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.


tujer
tapi aku rasa manusia lebih banyak berkata-kata dari mutiara tersebut kan
tapi terserahlah
apa yang dikata...
"_" 

2 comments:

  1. mutiara kata yang x pernah dengar lagi ni....terima kasih, membantu aku untuk memperkukuh pidato ak nti.

    Err...apa kejadah ko letak gambar kupang? Biar ak teka, ko nk signifikasikan mengenai mutiara kan...weh, setahu pengetahuan biologi ak yg setakat sempat belajar sampai bab 2 sebelum msk teknik dlu, rasa2 nya tiram yang produce mutiara...hua haha

    ReplyDelete
  2. hahaha
    aku cari punya cari
    xjumpa tiram
    ko kiranya kupang ni sedara belah mn aku tak tau
    so aku letak laaa
    hehehe

    ReplyDelete